Berita Terkini

Notis Mesyuarat Agung Tahunan ke 9 (Pindaan)
Notis AGM ke 9 (pindaan)

___________________________________________________________________________________

 

31 Disember 2008 / 3 Muharram 1430H

 

Ahli –Ahli Alumni

Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP) &

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

YB/YBhg./YM/Tuan / Puan / Encik / Cik

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN IKMAL KALI KE-9 (Mesyuarat Tertunda)

Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-9 Alumni Sekolah Agama Persekutuan Labu (IKMAL) ditunda pada tarikh dan masa seperti berikut

 

Tarikh : 18 Januari 2009 / 22 Muharram 1430H

Hari : Ahad

Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Lecture Hall A, Pusat Asasi UIAM, Seksyen 17, Petaling Jaya Selangor

 

AGENDA

1.             Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 8

2.             Pembentangan Laporan Bagi Tahun 2007-2008

3.             Pembentangan Penyata Kira-Kira Bagi Tahun Berakhir Disember 2007

4.             Pembubaran Exco dan AJK 2006/2008

5.             Perlantikan Exco dan AJK sesi 2009/2011

6.             Membahaskan Usul-usul yang telah diterima

7.             Ucapan Penangguhan

 

Diharapkan agar ramai ahli alumni dapat hadir dan memeriahkan lagi Mesyuarat Agung Tahunan IKMAL pada tahun ini.

 

Sebarang keterangan lanjut sila hubungi sdr Zaki SPM ‘90 (019-2170789), sdr Wan Azhar SPM ‘86 (019-2644496), sdr Zainal Rashid SPM ’86 (012-2055665), sdr Hanif Hassan SPM ’85 (012-6832161), sdr Fadhal SPM ‘95 (019-2628759) dan sdr Chairil SPM ’03 (017-3000394).

 

Sekian dimaklumkan, Wassalam

 

Yang Menjalankan Amanah,

MOHAMAD FADHAL BIN MOHAMAD ASRI

Setiausaha Agung IKMAL

 
 

Ahlan Wasahlan!

Image

Selamat datang ke laman web rasmi Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (IKMAL)

Laman web ini bertujuan untuk mengumpulkan semua bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP). Ia juga sebagai wadah untuk mengeratkan silaturrahim di samping bertukar-tukar pandangan. Selain itu, laman web ini akan digunakan untuk menyiarkan sebarang berita atau informasi berkaitan sekolah dan program-program kerjasama yang dijalankan di antara sekolah dan alumni.

Untuk tujuan ini, kami amat mengalu-alukan penyertaan semua bekas pelajar dan guru untuk menjadi ahli alumni. Sumbangan anda amatlah dihargai di dalam menjana peningkatan mutu dan kualiti sahsiah dan akademik adik-adik kita yang masih bersekolah.

Untuk menjadi ahli komuniti IKMAL dan berinteraksi di dalam kumpulan anda, sila daftar di bawah...

Daftar di sini...
Syrimo:Optimized Solutions