| Keahlian |
Siapa boleh menjadi ahli?Semua bekas pelajar dan juga guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu Negeri Sembilan boleh menjadi ahli. Yuran kemasukkan untuk menjadi ahli IKMAL ialah sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh sahaja. (RM20.00). Yuran tahunan ialah sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja (RM30.00) bagi yang telah bekerja dan Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja bagi yang masih belajar (RM10.00). Pada AGM ke 6, telah diluluskan pindaan untuk menambah Yuran Seumur Hidup sebanyak RM100 (dibayar sebanyak 2 kali pembayaran)
Kelebihan menjadi ahli IKMALAnda akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan taulan dan guru-guru. Anda juga boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh IKMAL dan juga program kerjasama di antara IKMAL dan juga SMAPL. Sumbangan tenaga dan wang ringgit anda amatlah kami hargai.
Bagaimana hendak mendaftar?Untuk menjadi ahli, sila buat pendaftaran secara online Daftar di sini...
|



